Sangat Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أوَّلُ مَن يصافِحُهُ الحقُّ عمرُ، وأوَّلُ من يسلِّمُ علَيهِ، وأوَّلُ مَن يأخُذُ بيدِهِ فيدخلهُ الجنَّةَ.
Teks Bahasa Melayu
Umar ialah orang pertama yang bersalaman dengan kebenaran, orang pertama yang memberi salam kepada kebenaran dan orang pertama yang mengambilnya dengan tangannya. Oleh sebab itu dia masuk syurga.
Sahabat Perawi
- Ubai bin Ka'ab RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1810, hadis no. 9128. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Munkar) Daripada Ubai bin Ka’ab RA berkata, Nabi SAW bersabda: Umar ialah orang pertama yang bersalaman dengan kebenaran, orang pertama yang memberi salam kepada kebenaran dan orang pertama yang mengambilnya dengan tangannya. Oleh sebab itu dia masuk syurga. [Riwayat Ibn Majah dalam al-Sunan, Ibn Abi ‘Asim, Abdullah bin Ahmad dalam ((al-Fadhail)), Ibn al-Jauzi dalam ((al-‘Ilal)). Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 2485]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman