Umar bin al-Khattab ditanyakan tentang ayat ini

TEKS BAHASA ARAB

أن عمر بن الخطاب سئل عن هذه الآية (وإذ أخذ ربك من بني آدم من ظهورهم ذريتهم وأشهدهم على أنفسهم …) الآية [الأعراف: 172] ؟ قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يسأل عنها. فقال: ((إن الله خلق آدم ثم مسح ظهره فاستخرج منه ذريته فقال: خلقت هؤلاء للجنة وبعمل أهل الجنة يعملون، ثم مسح ظهره فاستخرج منه ذرية فقال: خلقت هؤلاء للنار وبعمل أهل النار يعملون، فقال رجل: يا رسول الله! ‌ففيم ‌العمل؟ فقال: إن الله إذا خلق العبد للجنة استعمله بعمل أهل الجنة حتى يموت على عمل من أعمال أهل الجنة فيدخله الجنة، وإذا خلق العبد للنار استعمله بعمل أهل النار حتى يموت على عمل أهل النار فيدخله النار)).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Umar bin al-Khattab ditanyakan tentang ayat ini: “Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka. Dia berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW telah ditanya tentangnya. Lalu baginda bersabda: "Sesungguhnya Allah mencipta Adam kemudian menyapu belakangnya lalu mengeluarkan zuriatnya daripadanya dan berkata: Aku mencipta mereka ini untuk syurga dan mereka beramal dengan amalan ahli syurga, kemudian dia menyapu belakangnya dan mengeluarkan zuriat dan berkata: Aku mencipta mereka ini untuk neraka dan mereka beramal dengan amalan ahli neraka. Lalu seorang lelaki bertanya: "Wahai Rasulullah! Lalu untuk apa (kami) beramal?" Baginda bersabda: "Sesungguhnya jika Allah mencipta seseorang hamba untuk syurga maka dia akan digunakan untuk beramal dengan amalan ahli syurga sehingga dia meninggal dengan amalan ahli syurga lalu memasuki syurga. Jika seseorang hamba diciptakan untuk neraka maka dia akan digunakan untuk beramal dengan amalan ahli neraka sehingga dia meninggal dengan amalan ahli neraka lalu memasuki neraka."

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 660, hadis nombor 3406. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن مسلم بن يسار الجهني أن عمر بن الخطاب سئل عن هذه الآية (وإذ أخذ ربك من بني آدم من ظهورهم ذريتهم وأشهدهم على أنفسهم …) الآية [الأعراف: 172] ؟ قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يسأل عنها. فقال: ((إن الله خلق آدم ثم مسح ظهره فاستخرج منه ذريته فقال: خلقت هؤلاء للجنة وبعمل أهل الجنة يعملون، ثم مسح ظهره فاستخرج منه ذرية فقال: خلقت هؤلاء للنار وبعمل أهل النار يعملون، فقال رجل: يا رسول الله! ‌ففيم ‌العمل؟ فقال: إن الله إذا خلق العبد للجنة استعمله بعمل أهل الجنة حتى يموت على عمل من أعمال أهل الجنة فيدخله الجنة، وإذا خلق العبد للنار استعمله بعمل أهل النار حتى يموت على عمل أهل النار فيدخله النار)). [مالك، حم، د، ت، حب، ك، ابن عساكر، ابن أبي عاصم، ((الضعيفة)) (3071)]

(Lemah) Daripada Muslim bin Yasar al-Juhani bahawa Umar bin al-Khattab ditanyakan tentang ayat ini: “Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka. Dia berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW telah ditanya tentangnya. Lalu baginda bersabda: "Sesungguhnya Allah mencipta Adam kemudian menyapu belakangnya lalu mengeluarkan zuriatnya daripadanya dan berkata: Aku mencipta mereka ini untuk syurga dan mereka beramal dengan amalan ahli syurga, kemudian dia menyapu belakangnya dan mengeluarkan zuriat dan berkata: Aku mencipta mereka ini untuk neraka dan mereka beramal dengan amalan ahli neraka. Lalu seorang lelaki bertanya: "Wahai Rasulullah! Lalu untuk apa (kami) beramal?" Baginda bersabda: "Sesungguhnya jika Allah mencipta seseorang hamba untuk syurga maka dia akan digunakan untuk beramal dengan amalan ahli syurga sehingga dia meninggal dengan amalan ahli syurga lalu memasuki syurga. Jika seseorang hamba diciptakan untuk neraka maka dia akan digunakan untuk beramal dengan amalan ahli neraka sehingga dia meninggal dengan amalan ahli neraka lalu memasuki neraka." [Riwayat Malik dalam al-Muwatta’, Ahmad dalam Musnad, Abu Daud dalam Sunan, al-Tirmizi dalam Sunan, Ibn Hibban dalam Sahih, al-Hakim dalam al-Mustadrak, Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq, Ibn Abi Asim dalam al-Sunnah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3071]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs