Umar berkata kepada Abu Bakar: Wahai orang paling baik selepas Rasulullah SAW!

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

قال عمر لأبي بكر: يا خير الناس بعد رسول الله ﷺ! فقال أبو بكر: أما إنك إن قلت ذاك، فلقد سمعت رسول الله يقول: ما طلعت الشمس على رجل خير من عمر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Umar berkata kepada Abu Bakar: Wahai orang paling baik selepas Rasulullah SAW! Lalu Abu Bakar: “Kerana engkau berkata sedemikian, aku ingin menceritakan yang bahawa aku mendengar Rasulullah bersabda: "Matahari tidak terbit ke atas lelaki yang lebih baik dari ‘Umar."

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1794, hadis nombor 9042. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن جابر بن عبد الله – رضي الله عنهما-، قال: قال عمر لأبي بكر: يا خير الناس بعد رسول الله ﷺ! فقال أبو بكر: أما إنك إن قلت ذاك، فلقد سمعت رسول الله يقول: ما طلعت الشمس على رجل خير من عمر. [ت، الدولابي، ك، عق، ابن الجوزي في (الواهيات)، عد، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (1357)]

(Palsu) Daripada Jabir bin Abdullah RA berkata: ‘Umar berkata kepada Abu Bakar: Wahai orang paling baik selepas Rasulullah SAW! Lalu Abu Bakar: “Kerana engkau berkata sedemikian, aku ingin menceritakan yang bahawa aku mendengar Rasulullah bersabda: "Matahari tidak terbit ke atas lelaki yang lebih baik dari ‘Umar." [Riwayat al-Tirmizi, al-Dulabi, al-Hakim, al-‘Uqaili dalam al-Dhu’afa’ al-Kabir, Ibn al-Jauzi dalam al-Waahiyaat, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil Fi al-Dhu’afa’. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1357]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.