Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
قال عمر لأبي بكر: يا خير الناس بعد رسول الله ﷺ! فقال أبو بكر: أما إنك إن قلت ذاك، فلقد سمعت رسول الله يقول: ما طلعت الشمس على رجل خير من عمر.
Teks Bahasa Melayu
Umar berkata kepada Abu Bakar: Wahai orang paling baik selepas Rasulullah SAW! Lalu Abu Bakar: “Kerana engkau berkata sedemikian, aku ingin menceritakan yang bahawa aku mendengar Rasulullah bersabda: "Matahari tidak terbit ke atas lelaki yang lebih baik dari ‘Umar."
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1794, hadis no. 9042. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن جابر بن عبد الله - رضي الله عنهما-، قال: قال عمر لأبي بكر: يا خير الناس بعد رسول الله ﷺ! فقال أبو بكر: أما إنك إن قلت ذاك، فلقد سمعت رسول الله يقول: ما طلعت الشمس على رجل خير من عمر. [ت، الدولابي، ك، عق، ابن الجوزي في (الواهيات)، عد، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (1357)]
(Palsu) Daripada Jabir bin Abdullah RA berkata: 'Umar berkata kepada Abu Bakar: Wahai orang paling baik selepas Rasulullah SAW! Lalu Abu Bakar: “Kerana engkau berkata sedemikian, aku ingin menceritakan yang bahawa aku mendengar Rasulullah bersabda: "Matahari tidak terbit ke atas lelaki yang lebih baik dari ‘Umar." [Riwayat al-Tirmizi, al-Dulabi, al-Hakim, al-‘Uqaili dalam al-Dhu’afa’ al-Kabir, Ibn al-Jauzi dalam al-Waahiyaat, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil Fi al-Dhu’afa’. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1357]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman