Ular cinta telah mematuk jantungku

TEKS BAHASA ARAB

لسعت حية الهوى كبدي البيتين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ular cinta telah mematuk jantungku (dua bait syair).

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 144, hadis nombor 236. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال ابن تيمية: مما اشتهر أن أبا محذورة أنشدهما بين يديه صلى الله عليه وسلم حتى وقعت البردة الشريفة عن كتفيه، فتقاسمها أصحاب الصفة رقعا في ثيابهم. كذب باتفاق أهل العلم بالحديث.

Ibn Taimiyyah berkata: Merupakan sesuatu yang masyhur bahawa Abu Mahzurah mendendangkannya di hadapan Baginda SAW sehingga terjatuh burdahnya (sejenis pakaian) yang mulia daripada bahunya, lalu ahli suffah (mereka yang menumpang di masjid nabi) saling berkongsinya sebagai tampalan baju-baju mereka. Riwayat ini dusta seperti yang disepakati oleh ahli ilmu hadis.

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs