Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لَسَعَتْ حَيَّةُ الْهَوَى كَبِدِي الْبَيْتَيْنِ.
Teks Bahasa Melayu
Ular cinta telah mematuk jantungku (dua bait syair).
Ulama/Pengkaji Hadis
- Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 144, hadis no. 236. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال ابن تيمية: مما اشتهر أن أبا محذورة أنشدهما بين يديه صلى الله عليه وسلم حتى وقعت البردة الشريفة عن كتفيه، فتقاسمها أصحاب الصفة رقعا في ثيابهم. كذب باتفاق أهل العلم بالحديث.
Ibn Taimiyyah berkata: Merupakan sesuatu yang masyhur bahawa Abu Mahzurah mendendangkannya di hadapan Baginda SAW sehingga terjatuh burdahnya (sejenis pakaian) yang mulia daripada bahunya, lalu ahli suffah (mereka yang menumpang di masjid nabi) saling berkongsinya sebagai tampalan baju-baju mereka. Riwayat ini dusta seperti yang disepakati oleh ahli ilmu hadis.
Rujukan
Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.
Makluman