TEKS BAHASA ARAB
حديث: علماء أمتي كأنبياء بني إسرائيل.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Ulama umatku umpama para nabi Bani Israil.
STATUS
Tiada asalnya
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 121, hadis nombor 338. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال الترمذي، والدميري، وابن حجر: لا أصل له، وكذا قال الزركشي. ذكره في مختصر المقاصد. قال علي قاري: وأما حديث: العلماء ورثة الأنبياء فرواه الأربعة عن أبي الدرداء.
Al-Tirmizi, al-Damiri dan Ibn Hajar berkata: Tiada asalnya.
Demikian juga kata al-Zarkasyi. Beliau menyebutkannya dalam Mukhtasar al-Maqasid.
‘Ali Qari berkata: Adapun hadith ulama adalah perawi para nabi, maka ia telah diriwayatkan oleh al-Arba’ah (Abu Dawud, Al-Tirmizi, Al-Nasai dan Ibn Majah) daripada Abu Al-Darda’.
RUJUKAN
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.