Ulama umat ini ada dua golongan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

علماء هذه الأمة رجلان: رجل آتاه الله علما، فبذله للناس، ولم يأخذ عليه طمعا، ولم يشتر به ثمنا؛ فذلك تستغفر له حيتان البحر ودواب البر والطير في جو السماء، ويقدم على الله سيدا شريفا، حتى يرافق المرسلين، ورجل آتاه الله علما، فبخل به عن عباد الله، وأخذ عليه طمعا، وشرى به ثمنا؛ فذاك يلجم بلجام من نار يوم القيامة، ويناد مناد: هذا الذي آتاه الله علما، فبخل به عن عباد الله، وأخذ عليه طمعا، واشترى به ثمنا، وكذلك حتى يفرغ من الحساب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ulama umat ini ada dua golongan iaitu seseorang yang Allah berikan ilmu kepadanya, lalu dia usahakan mengajar kepada orang lain tanpa mengambil makanan sebagai upah dan tidak meletakkan harga. Orang ini diminta keampunan untuknya oleh ikan-ikan di lautan, binatang-binatang di daratan, dan burung-burung di udara. Dia mengharapkan kepada Allah kehormatan dan kemuliaan hingga dia menyamai para Rasul. Dan seseorang yang Allah berikan ilmu kepadanya, lalu dia kedekut untuk memberikan ilmu itu kepada hamba-hamba Allah, dia mengambil makanan sebagai upah terhadap ilmu itu dan meletakkan harga. Orang itu akan diikat pada mulutnya dengan tali kekang daripada api neraka dan seorang penyeru akan menyeru: Ini adalah orang yang Allah berikan ilmu kepadanya, lalu dia kedekut untuk berkongsi ilmu itu kepada para hamba Allah, dia juga mengambil makanan sebagai upah untuk ilmu tersebut serta meletakkan harga, demikianlah yang berlaku hingga selesai hisab.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1287, hadis nombor 6588. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن ابن عباس رضي الله عنهما مرفوعا: علماء هذه الأمة رجلان: رجل آتاه الله علما، فبذله للناس، ولم يأخذ عليه طمعا، ولم يشتر به ثمنا؛ فذلك تستغفر له حيتان البحر ودواب البر والطير في جو السماء، ويقدم على الله سيدا شريفا، حتى يرافق المرسلين، ورجل آتاه الله علما، فبخل به عن عباد الله، وأخذ عليه طمعا، وشرى به ثمنا؛ فذاك يلجم بلجام من نار يوم القيامة، ويناد مناد: هذا الذي آتاه الله علما، فبخل به عن عباد الله، وأخذ عليه طمعا، واشترى به ثمنا، وكذلك حتى يفرغ من الحساب.
[طس، ((الضعيفة)) (5157)]

(Lemah)
Daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Ulama umat ini ada dua golongan iaitu seseorang yang Allah berikan ilmu kepadanya, lalu dia usahakan mengajar kepada orang lain tanpa mengambil makanan sebagai upah dan tidak meletakkan harga. Orang ini diminta keampunan untuknya oleh ikan-ikan di lautan, binatang-binatang di daratan, dan burung-burung di udara. Dia mengharapkan kepada Allah kehormatan dan kemuliaan hingga dia menyamai para Rasul. Dan seseorang yang Allah berikan ilmu kepadanya, lalu dia kedekut untuk memberikan ilmu itu kepada hamba-hamba Allah, dia mengambil makanan sebagai upah terhadap ilmu itu dan meletakkan harga. Orang itu akan diikat pada mulutnya dengan tali kekang daripada api neraka dan seorang penyeru akan menyeru: Ini adalah orang yang Allah berikan ilmu kepadanya, lalu dia kedekut untuk berkongsi ilmu itu kepada para hamba Allah, dia juga mengambil makanan sebagai upah untuk ilmu tersebut serta meletakkan harga, demikianlah yang berlaku hingga selesai hisab.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5157]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.