TEKS BAHASA ARAB
العلماء ثلاثة: رجل عاش به الناس وعاش بعلمه، ورجل عاش به الناس وأهلك نفسه، ورجل عاش بعلمه ولم يعش به أحد غيره.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Ulama itu ada tiga golongan; iaitu seseorang yang orang lain hidup dengan ilmunya dan dia juga hidup dengan ilmunya, seseorang yang orang lain hidup dengan ilmunya sedangkan dia sendiri binasa, dan seseorang yang dia hidup dengan ilmunya namun tidak ada orang lain yang hidup dengan ilmunya.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1271, hadis nombor 6511. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع)
عن أنس بن مالك رضي الله عنه مرفوعاً: العلماء ثلاثة: رجل عاش به الناس وعاش بعلمه، ورجل عاش به الناس وأهلك نفسه، ورجل عاش بعلمه ولم يعش به أحد غيره.
[فر، الضياء في ((المنتقى من حديث أبي نعيم الأزهري))، ((الضعيفة)) (3950)]
(Palsu)
Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Ulama itu ada tiga golongan; iaitu seseorang yang orang lain hidup dengan ilmunya dan dia juga hidup dengan ilmunya, seseorang yang orang lain hidup dengan ilmunya sedangkan dia sendiri binasa, dan seseorang yang dia hidup dengan ilmunya namun tidak ada orang lain yang hidup dengan ilmunya.
[Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws dan al-Diya' dalam al-Muntaqa min Hadith Abi Nu'aim al-Azhari. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3950]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.