Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الْعُلَمَاءُ وَرَثَةُ الأَنْبِيَاءِ.
Teks Bahasa Melayu
Ulama ialah pewaris para nabi.
Ulama/Pengkaji Hadis
- al-Fattanī (m. 986H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 20. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
«الْعُلَمَاءُ وَرَثَةُ الأَنْبِيَاءِ» صَحَّحَهُ جَمَاعَةٌ وَضَعفه آخَرُونَ بِالِاضْطِرَابِ فِي سَنَده لَكِن لَهُ شَوَاهِد قَالَ شَيخنَا لَهُ طرق يعرف بهَا إِن للْحَدِيث أصلا.
“Ulama ialah pewaris para nabi.” Kebanyakan ulama menilainya sebagai hadis yang sahih dan ada juga yang menilainya sebagai lemah kerana berlakunya idhtirab (keceramukan) dalam sanadnya. Akan tetapi hadis ini mempunyai syawahid (riwayat sokongan). Guru kami berkata: Ia mempunyai jalan periwayatan yang mana dapat diketahui bahawa hadis ini mempunyai asal.
Rujukan
Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī al-Fattanī. (1343). Taẓkirah al-Mawḍū’āt. Idārah al-Ṭibā‘ah al-Munīrah.
Makluman