Ulama hukama hampir-hampir menjadi para nabi kerana kejujuran mereka

TEKS BAHASA ARAB

علماء حكماء كادوا من صدقهم أن يكونوا أنبياء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ulama hukama hampir-hampir menjadi para nabi kerana kejujuran mereka.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1257, hadis nombor 6421. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن لأبي سليمان الداراني، قال: حدثني شيخ بساحل دمشق يقال له علقمة بن يزيد بن سويد الأزدي: حدثني أبي عن جدي، قال: وفدت إلى رسول الله ﷺ سابع سبعة من قومي فلما دخلنا عليه وكلمناه أعجبه ما رأى من سمتنا وزينا، فقال: ما أنتم؟ قلنا: مؤمنين، فتبسم رسول الله ﷺ فقال: إن لكل قول حقيقة فما حقيقة قولكم وإيمانكم؟ قلنا: خمس عشرة خصلة، خمس منها أمرتنا رسلك أن نؤمن بها، وخمس أمرتنا رسلك أن نعمل بها، وخمس تخلقنا بها في الجاهلية ونحن عليها إلا أن تكره منها شيئا. قال رسول الله ﷺ: وما الخمس التي أمرتكم رسلي أن تؤمنوا بها؟ (قلت: فذكروا أركان الإيمان ثم أركان الإسلام الخمسة المعروفة). قال: وما الخمس التي تخلقتم بها أنتم في الجاهلية؟ قلنا: الشكر عند الرخاء، والصبر عند البلاء، والصدق في مواطن اللقاء، والصبر عند شماتة الأعداء، وإكرام الضيف. فقال النبي ﷺ: علماء حكماء كادوا من صدقهم أن يكونوا أنبياء. ثم قال رسول الله ﷺ: وأنا أزيدكم خمسا، فتتم لكم عشرون خصلة: إن كنتم كما تقولون فلا تجمعوا ما لا تأكلون، ولا تبنوا ما لا تسكنون، ولا تنافسوا في شيء غدا عنه تزولون، واتقوا الله الذي إليه ترجعون وعليه تعرضون وارغبوا فيما عليه تقدمون وفيه تخلدون. قال أبو سليمان: قال لي علقمة بن يزيد: فانصرف القوم من عند رسول الله صلى الله عليه وسلم وحفظوا وصيته وعملوا بها، ولا والله يا أبا سليمان ما بقي من أولئك النفر ولا من أولادهم أحد غيري. قال: وما بقي إلى أيام قلائل ثم مات -رضي الله عنه-.
[أبو سعيد النيسابوري في ((الأربعين))، حل، ((الضعيفة))، (2614)]

(Munkar) Daripada Abu Sulaiman al-Darani, dia berkata: Seorang Sheikh di persisiran pantai Damsyiq dikenali sebagai ‘Alqamah bin Yazid bin Suwaid al-Azdi telah menyampaikan kepadaku, dia berkata: Bapaku menyampaikan kepadaku daripada datukku, dia berkata: Saya dihantar sebagai duta ke tujuh daripada tujuh kepada Rasulullah SAW daripada kaumku, maka tatkala kami masuk menemuinya dan kami berbicara dengannya. Baginda merasa takjub dengan apa yang baginda nampak daripada karakter dan perhiasan kami, lalu baginda berkata: Kalian ini apa? Kami berkata: Orang-orang beriman. Lalu Rasulullah SAW tersenyum lantas berkata: Sesungguhnya bagi setiap ucapan ada hakikat, jadi apakah hakikat ucapan kalian dan iman kalian? Kami berkata: 15 ciri-ciri, lima daripadanya diperintahkan kepada kami oleh utusanmu agar kami beriman dengannya, lima perkara diperintahkan oleh utusanmu agar kami beramal dengannya, dan lima lagi telah tercipta pada diri kami pada waktu kami berada dalam jahiliyah melainkan yang kamu membenci sedikit daripadanya. Rasulullah SAW bersabda: Jadi apakah dia lima perkara yang diperintahkan kepada kalian agar beriman oleh utusanku? (Aku berkata: Lalu mereka menyebutkan rukun iman kemudian lima rukun Islam yang sedia maklum). Baginda berkata: Dan apakah pula lima perkara yang tercipta pada kalian di waktu kalian berada dalam jahiliyah? Kami berkata: Bersyukur ketika senang, sabar dalam ujian, jujur ketika dalam tempat pertemuan, sabar ketika kegembiraan musuh dan memuliakan tetamu. Lalu Nabi SAW bersabda: Ulama hukama hampir-hampir menjadi para nabi kerana kejujuran mereka. Kemudian Rasulullah SAW bersabda lagi: Dan saya tambah untuk kalian lima lagi, supaya genap untuk kalian 20 ciri-ciri. Jika kalian seperti yang kalian maklumkan, maka janganlah kalian himpunkan apa yang kalian tidak makan; janganlah kalian bina kediaman yang tidak kalian diami; janganlah kalian bersaing dalam sesuatu yang esoknya ia akan hilang; dan bertaqwalah kalian kepada Allah yang kepada-Nya kalian akan kembali dan kalian akan bentangkan kepada-Nya. Kalian berharaplah pada apa yang kalian sembahkan dan di dalamnya kalian akan kekal. Abu Sulaiman berkata: ‘Alqamah bin Yazid berkata: Lalu beredarlah kaum tersebut daripada Rasulullah SAW dan mereka memelihara wasiat baginda dan beramal dengannya. Dan tiada, demi Allah! Wahai Abu Sulaiman! Tiada yang tinggal daripada kumpulan mereka itu dan tiada daripada keturunan mereka seorang pun selainku. Dia berkata: Dan tiada yang tinggal bagiku hanyalah beberapa hari yang sedikit. Kemudian, dia meninggal dunia, semoga Allah reda kepadanya.
[Riwayat Abu Sa‘d al-Naisaburi dalam kitab al-Arba‘in dan Abu Nu‘aim dalam kitab al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 2614]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs