Ujian itu dikhususkan bagi orang yang mengenali manusia

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

خص البلاء بمن عرف الناس، وعاش فيهم من لم يعرفهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ujian itu dikhususkan bagi orang yang mengenali manusia. Sedangkan orang yang tidak mengenali mereka pula akan hidup bersama mereka dengan senang.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2015, hadis nombor 10119. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن جعفر بن محمد عن أبيه مرفوعاً: خص البلاء بمن عرف الناس، وعاش فيهم من لم يعرفهم.
[ابن العربي، القضاعي، ((الضعيفة)) (3545)]

(Lemah)
Daripada Jaafar bin Muhammad daripada bapanya secara marfu’ – (disandarkan kepada Nabi SAW): Ujian itu dikhususkan bagi orang yang mengenali manusia. Sedangkan orang yang tidak mengenali mereka pula akan hidup bersama mereka dengan senang.
[Riwayat Ibn al-Arabiy dalam al-Zuhd dan al-Quḍaei dalam Musnad al-Shihab. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 3545]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.