Ujian akan banyak menimpa orang yang banyak mengenali manusia

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

خص البلاء بمن عرف الناس، وعاش فيهم من لم يعرفهم

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ujian akan banyak menimpa orang yang banyak mengenali manusia, adapun orang yang tidak mengenali manusia, maka dia hidup dengan tenang (tidak banyak diuji).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1742, hadis nombor 8768. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن جعفر بن محمد عن أبيه مرفوعا: ((خص البلاء بمن عرف الناس، وعاش فيهم من لم يعرفهم.)) [ابن الأعرابي، القضاعي، ((الضعيفة)) (3545)]

(Lemah)
Daripada Ja’far bin Muhammad, daripada ayahnya secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Ujian akan banyak menimpa orang yang banyak mengenali manusia, adapun orang yang tidak mengenali manusia, maka dia hidup dengan tenang (tidak banyak diuji).))
[Riwayat Ibn al-A'rabi, al-Qudha’iy. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 3545].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.