Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
خُصَّ البلاءُ بمن عرَفَ النَّاسَ وعاشَ فيهم من لَم يعرِفْهُم.
Teks Bahasa Melayu
Ujian akan banyak menimpa orang yang banyak mengenali manusia, adapun orang yang tidak mengenali manusia, maka dia hidup dengan tenang (tidak banyak diuji).
Sahabat Perawi
- Muhammad bin al-Baqir
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1742, hadis no. 8768. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن جعفر بن محمد عن أبيه مرفوعا: ((خص البلاء بمن عرف الناس، وعاش فيهم من لم يعرفهم.)) [ابن الأعرابي، القضاعي، ((الضعيفة)) (3545)]
(Lemah) Daripada Ja'far bin Muhammad, daripada ayahnya secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Ujian akan banyak menimpa orang yang banyak mengenali manusia, adapun orang yang tidak mengenali manusia, maka dia hidup dengan tenang (tidak banyak diuji).)) [Riwayat Ibn al-A'rabi, al-Qudha’iy. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 3545].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman