Uhud, sebuah bukit yang mencintai kita dan kita turut mencintainya

TEKS BAHASA ARAB

إن أحدا جبل يحبنا ونحبه، وهو على ترعة من ترع الجنة، وعير على ترعة من ترع النار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Uhud, sebuah bukit yang mencintai kita dan kita turut mencintainya. Ia merupakan satu pintu dari pintu-pintu syurga. (Bukit) ‘Ayr pula merupakan satu pintu dari pintu-pintu neraka.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1802, hadis nombor 9085. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أنس بن مالك – رضي الله عنه – مرفوعا: ((إنّ أحداً جبل يحبنا ونحبه، وهو على ترعة من ترع الجنة، وعير على ترعة من ترع النار)). [ابن معين في ((التاريخ والعلل))، ((الضعيفة)) (1820)]

(Sangat Lemah) Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): "Uhud, sebuah bukit yang mencintai kita dan kita turut mencintainya. Ia merupakan satu pintu dari pintu-pintu syurga. (Bukit) ‘Ayr pula merupakan satu pintu dari pintu-pintu neraka." [Riwayat Ibn Ma’in dalam Tarikh wal ‘Ilal. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1820]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.