Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أُحُدٌ رُكْنٌ من أركانِ الجنةِ.
Teks Bahasa Melayu
Uhud rukun dari rukun-rukun syurga.
Sahabat Perawi
- Sahl bin Sa’ ad RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1801, hadis no. 9075. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن سهل بن سعد - رضي الله عنه - مرفوعا: ((أحد ركن من أركان الجنة)). [الكتاني المقرئ في ((حديثه))، عد، ((الضعيفة)) (1819)]
(Lemah) Daripada Sahl bin Sa’ad RA berkata, Nabi SAW bersabda: "Uhud rukun dari rukun-rukun syurga." [Riwayat al-Kattani al-Muqri’ dan Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa’. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1819]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman