Uhud ialah bukit yang mencintai kita dan kita turut mencintainya

TEKS BAHASA ARAB

أحد جبل يحبنا ونحبه، فإذا أحببتموه فكلوا من شجره، ولو من عضاهه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Uhud ialah bukit yang mencintai kita dan kita turut mencintainya. Jika kalian juga mencintainya maka makanlah dari pohon-pohonnya walaupun dari jenis renek yang berduri.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1800, hadis nombor 9074. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس بن مالك – رضي الله عنه – مرفوعا: ((أحد جبل يحبنا ونحبه، فإذا أحببتموه فكلوا من شجره، ولو من عضاهه)). [ابن شبة، طس، ((الضعيفة)) (1869)]

(Lemah) Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): "Uhud ialah bukit yang mencintai kita dan kita turut mencintainya. Jika kalian juga mencintainya maka makanlah dari pohon-pohonnya walaupun dari jenis renek yang berduri." [Riwayat Ibn Syabbah dan al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1869]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs