Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أُحُدٌ جبلٌ يُحِبُّنا و نُحِبُّه ، فإذا جئتُموه فكُلوا من شجرِه ولو من عِضاهِه.
Teks Bahasa Melayu
Uhud ialah bukit yang mencintai kita dan kita turut mencintainya. Jika kalian juga mencintainya maka makanlah dari pohon-pohonnya walaupun dari jenis renek yang berduri.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1800, hadis no. 9074. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس بن مالك - رضي الله عنه - مرفوعا: ((أحد جبل يحبنا ونحبه، فإذا أحببتموه فكلوا من شجره، ولو من عضاهه)). [ابن شبة، طس، ((الضعيفة)) (1869)]
(Lemah) Daripada Anas bin Malik RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): "Uhud ialah bukit yang mencintai kita dan kita turut mencintainya. Jika kalian juga mencintainya maka makanlah dari pohon-pohonnya walaupun dari jenis renek yang berduri." [Riwayat Ibn Syabbah dan al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1869]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman