Classification icon

Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Ufuk-ufuk akan dibuka kepada kamu dan akan dibuka untuk kamu satu bandar yang dinamakan sebagai Qazwin

Teks Bahasa Arab

حديث: سَتُفْتَحُ عَلَيْكُمُ الآفَاقُ، وَتُفْتَحُ عَلَيْكُمْ مَدِينَةٌ يُقَالُ لَهَا: قَزْوِينُ مَنْ رابط فيها أربعين يوما ً أو أربعين لَيْلَةً كَانَ لَهُ فِي الْجَنَّةِ عَمُودٌ مِنْ ذَهَبٍ عَلَيْهِ زَبَرْجَدَةٌ خضراء، فيها قُبَّةٌ مِنْ يَاقُوتَةٍ حَمْرَاءَ، لَهَا سَبْعُونَ أَلْفَ مِصْرَاعٍ مِنْ ذَهَبٍ، عَلَى كُلِّ مِصْرَاعٍ زَوْجَةٌ مِنَ الْحُورِ الْعَيْنِ

Teks Bahasa Melayu

Hadith : Ufuk-ufuk akan dibuka kepada kamu dan akan dibuka kepada kamu satu bandar yang dinamakan sebagai Qazwin. Sesiapa yang menjaga perbatasan bandar tersebut selama 40 hari, dia akan dikurniakan satu tiang dalam syurga yang diperbuat dari Topaz berwarna hijau. Padanya ada kubah yang diperbuat daripada permata delima berwarna merah dan padanya juga ada 70,000 pintu yang diperbuat daripada emas. Pada setiap pintu ada bidadari.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 432, hadis no. 7. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه ابن ماجه عَنْ أَنَسٍ مَرْفُوعًا، وَفِي إِسْنَادِهِ: داود بن المحبر، وهو وضاع، وفي إسناده أيضاً: ضعيف ومتروك. قد أورده ابن الجوزي في الموضوعات فأصاب. ولعل هذا هو الحديث الذي يقال: إن في سنن ابن ماجه حديثًا موضوعًا.

Diriwayatkan oleh Ibn Majah daripada Anas secara marfu’ Pada sanadnya terdapat Daud bin al-Mihbar, seorang pemalsu hadis. Dalam sanadnya juga ada perawi yang daif dan matruk. Ia diriwayatkan oleh Ibn al-Jauzi dalam al-Maudhuat dan ia tepat. Boleh jadi inilah hadis yang dikatakan bahawa dalam Sunan Ibn Majah juga ada hadis yang palsu.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.