TEKS BAHASA ARAB
قل: اللهم! إني ضعيف، فقو في رضاك ضعفي، وخذ إلى الخير بناصيتي، واجعل الإسلام منتهى رضائي. اللهم! إني ضعيف فقوني، وإني ذليل فأعزني، وإني فقير فارزقني.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Ucapkanlah: Ya Allah! Sesungguhnya aku seorang yang lemah, kuatkanlah kelemahanku untuk redha terhadap-Mu, bawalah ubun-ubunku kepada kebaikan, jadikanlah Islam sebagai kemuncak kemahuanku. Ya Allah! Sesungguhnya aku adalah lemah, maka kuatkanlah aku, sesungguhnya aku adalah hina, maka muliakanlah aku dan sesungguhnya aku adalah fakir, maka rezekikanlah aku.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1476, hadis nombor 7525. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن بريدة الأسلمي – رضي الله عنه – قال: قال لي رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((قل: اللهم! إني ضعيف، فقو في رضاك ضعفي، وخذ إلى الخير بناصيتي، واجعل الإسلام منتهى رضائي. اللهم! إني ضعيف فقوني، وإني ذليل فأعزني، وإني فقير فارزقني)). [ ك، ((الضعيفة)) (4061)]
(Palsu)
Daripada Buraidah al-Aslami RA, katanya: Rasulullah SAW pernah bersabda kepadaku: Ucapkanlah: Ya Allah! Sesungguhnya aku seorang yang lemah, kuatkanlah kelemahanku untuk redha terhadap-Mu, bawalah ubun-ubunku kepada kebaikan, jadikanlah Islam sebagai kemuncak kemahuanku. Ya Allah! Sesungguhnya aku adalah lemah, maka kuatkanlah aku, sesungguhnya aku adalah hina, maka muliakanlah aku dan sesungguhnya aku adalah fakir, maka rezekikanlah aku.
[Riwayat al-Hakim dalam Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4061]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.