Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Ucapkanlah: Ya Allah! Sesungguhnya aku seorang yang lemah, kuatkanlah kelemahanku untuk redha terhadap-Mu

Teks Bahasa Arab

قلْ: اللهمَّ! إني ضعيفٌ، فقوِّ في رضاكَ ضعفي، وخُذْ إلى الخيرِ بناصيتي، واجعلِ الإسلامَ منتهى رِضائي. اللهمَّ! إني ضعيفٌ فقوِّني، وإني ذليلٌ فأعزَّني، وإني فقيرٌ فارزُقْني.

Teks Bahasa Melayu

Ucapkanlah: Ya Allah! Sesungguhnya aku seorang yang lemah, kuatkanlah kelemahanku untuk redha terhadap-Mu, bawalah ubun-ubunku kepada kebaikan, jadikanlah Islam sebagai kemuncak kemahuanku. Ya Allah! Sesungguhnya aku adalah lemah, maka kuatkanlah aku, sesungguhnya aku adalah hina, maka muliakanlah aku dan sesungguhnya aku adalah fakir, maka rezekikanlah aku.

Sahabat Perawi

  1. Buraidah al-Aslami RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1476, hadis no. 7525. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن بريدة الأسلمي - رضي الله عنه - قال: قال لي رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((قل: اللهم! إني ضعيف، فقو في رضاك ضعفي، وخذ إلى الخير بناصيتي، واجعل الإسلام منتهى رضائي. اللهم! إني ضعيف فقوني، وإني ذليل فأعزني، وإني فقير فارزقني)). [ ك، ((الضعيفة)) (4061)]

(Palsu) Daripada Buraidah al-Aslami RA, katanya: Rasulullah SAW pernah bersabda kepadaku: Ucapkanlah: Ya Allah! Sesungguhnya aku seorang yang lemah, kuatkanlah kelemahanku untuk redha terhadap-Mu, bawalah ubun-ubunku kepada kebaikan, jadikanlah Islam sebagai kemuncak kemahuanku. Ya Allah! Sesungguhnya aku adalah lemah, maka kuatkanlah aku, sesungguhnya aku adalah hina, maka muliakanlah aku dan sesungguhnya aku adalah fakir, maka rezekikanlah aku. [Riwayat al-Hakim dalam Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4061]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.