Ucapkanlah: Ya Allah! Bintang telah hilang, mata-mata telah tenang (tidur)

TEKS BAHASA ARAB

قل: اللهم غارت النجوم، وهدأت العيون، وأنت حي قيوم، يا حي يا قيوم! أنم عيني، وأهدئ ليلي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ucapkanlah: Ya Allah! Bintang telah hilang, mata-mata telah tenang (tidur). Engkaulah Yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri Sendiri, wahai Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri sendiri! Tidurkanlah mataku, tenangkanlah malamku.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1417, hadis nombor 7192. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن زيد بن ثابت رضي الله عنه، قال: أصابني أرق من الليل، فشكوت ذلك إلى رسول الله ﷺ: قل: اللهم غارت النجوم، وهدأت العيون، وأنت حي قيوم، يا حي يا قيوم! أنم عيني، وأهدئ ليلي. فقلتها فذهب عني.
[طب، ((الضعيفة)) (1328)]

(Sangat lemah)
Daripada Zaid bin Thabit RA, katanya: Aku telah ditimpa penyakit tidak dapat tidur pada waktu malam, lalu aku mengadu kepada Rasulullah SAW, lantas Baginda bersabda: Ucapkanlah: Ya Allah! Bintang telah hilang, mata-mata telah tenang (tidur). Engkaulah Yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri Sendiri, wahai Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri sendiri! Tidurkanlah mataku, tenangkanlah malamku. Aku pun mengucapkannya, lalu penyakit itu hilang daripadaku.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1328]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs