Ucapkanlah: Ya Allah! keampunan-Mu lebih luas berbanding dosaku dan rahmat-Mu lebih aku harapkan berbanding amalanku

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

قل: اللهم! مغفرتك أوسع من ذنوبي، ورحمتك أرجى عندي من عملي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seorang lelaki pernah datang menemui Rasulullah SAW, lantas lelaki itu berkata: Aku sangat berdosa! Aku sangat berdosa!. Dia mengulangi ucapan ini sebanyak dua atau tiga kali. Lalu Rasulullah SAW bersabda kepadanya: Ucapkanlah: Ya Allah! keampunan-Mu lebih luas berbanding dosaku dan rahmat-Mu lebih aku harapkan berbanding amalanku.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1476, hadis nombor 7526. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) جابر بن عبد الله – رضي الله عنهما – قال: جاء رجل إلى رسول الله – صلى الله عليه وسلم – فقال: واذنوباه! واذنوباه! فقال هذا القول مرتين أو ثلاثا، فقال له رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((قل: اللهم! مغفرتك أوسع من ذنوبي، ورحمتك أرجى عندي من عملي)). [ك، ((الضعيفة)) (4062)]

(Lemah)
Daripada Jabir bin ‘Abdillah RA, katanya: Seorang lelaki pernah datang menemui Rasulullah SAW, lantas lelaki itu berkata: Aku sangat berdosa! Aku sangat berdosa!. Dia mengulangi ucapan ini sebanyak dua atau tiga kali. Lalu Rasulullah SAW bersabda kepadanya: Ucapkanlah: Ya Allah! keampunan-Mu lebih luas berbanding dosaku dan rahmat-Mu lebih aku harapkan berbanding amalanku.
[Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4062]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.