Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Ucapkanlah: Ya Allah! keampunan-Mu lebih luas berbanding dosaku dan rahmat-Mu lebih aku harapkan berbanding amalanku

Teks Bahasa Arab

قلْ: اللهمَّ! مغفرتُكَ أوسعُ منْ ذنوبي، ورحمتُك أرجى عندي منْ عمَلي.

Teks Bahasa Melayu

Seorang lelaki pernah datang menemui Rasulullah SAW, lantas lelaki itu berkata: Aku sangat berdosa! Aku sangat berdosa!. Dia mengulangi ucapan ini sebanyak dua atau tiga kali. Lalu Rasulullah SAW bersabda kepadanya: Ucapkanlah: Ya Allah! keampunan-Mu lebih luas berbanding dosaku dan rahmat-Mu lebih aku harapkan berbanding amalanku.

Sahabat Perawi

  1. Jabir bin 'Abdillah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1476, hadis no. 7526. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) جابر بن عبد الله - رضي الله عنهما - قال: جاء رجل إلى رسول الله - صلى الله عليه وسلم - فقال: واذنوباه! واذنوباه! فقال هذا القول مرتين أو ثلاثا، فقال له رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((قل: اللهم! مغفرتك أوسع من ذنوبي، ورحمتك أرجى عندي من عملي)). [ك، ((الضعيفة)) (4062)]

(Lemah) Daripada Jabir bin 'Abdillah RA, katanya: Seorang lelaki pernah datang menemui Rasulullah SAW, lantas lelaki itu berkata: Aku sangat berdosa! Aku sangat berdosa!. Dia mengulangi ucapan ini sebanyak dua atau tiga kali. Lalu Rasulullah SAW bersabda kepadanya: Ucapkanlah: Ya Allah! keampunan-Mu lebih luas berbanding dosaku dan rahmat-Mu lebih aku harapkan berbanding amalanku. [Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4062]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.