Ucapkanlah Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah dan Allahuakbar

TEKS BAHASA ARAB

سبحان الله، والحمد لله، ولا إله إلا الله، والله أكبر، في ذنب المؤمن؛ كالآكلة في جنب ابن آدم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

(Ucapkanlah) Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah dan Allahuakbar, (supaya diampunkan) pada dosa orang mukmin; ibarat penyakit yang sedang merosakkan sisi badan manusia.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1464, hadis nombor 7453. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عباس – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((سبحان الله، والحمد لله، ولا إله إلا الله، والله أكبر، في ذنب المؤمن؛ كالآكلة في جنب ابن آدم)). [فر، ((الضعيفة)) (3687)]

(Palsu)
Daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): (Ucapkanlah) Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah dan Allahuakbar, (supaya diampunkan) pada dosa orang mukmin; ibarat penyakit yang sedang merosakkan sisi badan manusia.
[Riwayat al-Daylami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3687]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs