Ucapkanlah Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillah, dan Allahuakbar sebagai penghapus dosa anak-anak Adam

TEKS BAHASA ARAB

سبحان الله، والحمد لله، ولا إله إلا الله، والله أكبر، في ذنب المؤمن؛ كالآكلة في جنب ابن آدم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

(Ucapkanlah) Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillah, dan Allahuakbar; pada dosa-dosa orang mukmin (disetiap kali setelah melakukan dosa) kerana ianya seperti barah yang menghancurkan tubuh anak Adam (yakni ia menghapuskan dosa).

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 474, hadis nombor 2543. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عباس – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((سبحان الله، والحمد لله، ولا إله إلا الله، والله أكبر، في ذنب المؤمن؛ كالآكلة في جنب ابن آدم)). [فر، ((الضعيفة)) (3687)]

(Palsu)
Daripada Ibnu Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): (Ucapkanlah) Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillah, dan Allahuakbar; pada dosa-dosa orang mukmin (disetiap kali setelah melakukan dosa) kerana ianya seperti barah yang menghancurkan tubuh anak Adam (yakni ia menghapuskan dosa).
[Riwayat al-Daylami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.3687]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs