Ucapkanlah: Maha Suci Allah Dan Segala Puji Bagi-Nya sebanyak 100 kali

TEKS BAHASA ARAB

قولوا: سبحان الله وبحمده مئة مرة، من قالها مرة كتبت له عشرا، ومن قالها عشرا كتبت له مئة، ومن قالها مئة كتبت له ألفا، ومن زاد زاده الله، ومن استغفر الله غفر له.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ucapkanlah: Maha Suci Allah Dan Segala Puji Bagi-Nya sebanyak 100 kali. Sesiapa yang mengucapkannya sekali, ditulis untuknya 10, sesiapa yang mengucapkannya 10 kali, ditulis untuknya 100, sesiapa yang mengucapkannya 100 kali ditulis untuknya 1000, sesiapa yang mengucapkan lebih lagi, maka Allah menambahkan untuknya dan sesiapa yang beristighfar kepada Allah, Allah memberikan keampunan kepadanya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1477, hadis nombor 7529. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عمر – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((قولوا: سبحان الله وبحمده مئة مرة، من قالها مرة كتبت له عشرا، ومن قالها عشرا كتبت له مئة، ومن قالها مئة كتبت له ألفا، ومن زاد زاده الله، ومن استغفر الله غفر له)). [ت، ((الضعيفة)) (4067)]

(Sangat Lemah)
Daripada Ibn ‘Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Ucapkanlah: Maha Suci Allah Dan Segala Puji Bagi-Nya sebanyak 100 kali. Sesiapa yang mengucapkannya sekali, ditulis untuknya 10, sesiapa yang mengucapkannya 10 kali, ditulis untuknya 100, sesiapa yang mengucapkannya 100 kali ditulis untuknya 1000, sesiapa yang mengucapkan lebih lagi, maka Allah menambahkan untuknya dan sesiapa yang beristighfar kepada Allah, Allah memberikan keampunan kepadanya.
[Riwayat al-Tirmizi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4067]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.