Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
قولوا: سبحان اللهِ وبحمدهِ مائةَ مرةٍ، من قالها مرةً كُتبت له عشرًا، ومن قالها عشرًا كُتبت لهُ مائةً، ومن قالها مائةً كتبتْ له ألفًا، ومن زاد زادهُ اللهُ، ومنِ استغفر اللهَ غفر لهُ.
Teks Bahasa Melayu
Ucapkanlah: Maha Suci Allah Dan Segala Puji Bagi-Nya sebanyak 100 kali. Sesiapa yang mengucapkannya sekali, ditulis untuknya 10, sesiapa yang mengucapkannya 10 kali, ditulis untuknya 100, sesiapa yang mengucapkannya 100 kali ditulis untuknya 1000, sesiapa yang mengucapkan lebih lagi, maka Allah menambahkan untuknya dan sesiapa yang beristighfar kepada Allah, Allah memberikan keampunan kepadanya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1477, hadis no. 7529. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن ابن عمر - رضي الله عنهما - مرفوعا: ((قولوا: سبحان الله وبحمده مئة مرة، من قالها مرة كتبت له عشرا، ومن قالها عشرا كتبت له مئة، ومن قالها مئة كتبت له ألفا، ومن زاد زاده الله، ومن استغفر الله غفر له)). [ت، ((الضعيفة)) (4067)]
(Sangat Lemah) Daripada Ibn 'Umar RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Ucapkanlah: Maha Suci Allah Dan Segala Puji Bagi-Nya sebanyak 100 kali. Sesiapa yang mengucapkannya sekali, ditulis untuknya 10, sesiapa yang mengucapkannya 10 kali, ditulis untuknya 100, sesiapa yang mengucapkannya 100 kali ditulis untuknya 1000, sesiapa yang mengucapkan lebih lagi, maka Allah menambahkan untuknya dan sesiapa yang beristighfar kepada Allah, Allah memberikan keampunan kepadanya. [Riwayat al-Tirmizi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4067]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman