Ucapan yang paling disukai setelah bangun daripada tidur

TEKS BAHASA ARAB

إن أحب ما يقول العبد إذا استيقظ من نومه: سبحان الذي يحيي الموتى، وهو على كل شيء قدير.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya ucapan yang paling disukai (oleh Allah) yang diucapkan oleh seseorang hamba apabila dia bangun daripada tidurnya ialah: ‘Maha Suci Tuhan yang menghidupkan yang mati dan Dia berkuasa atas setiap sesuatu’.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1447, hadis nombor 7359. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عمر -رضي الله عنهما-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إن أحب ما يقول العبد إذا استيقظ من نومه: سبحان الذي يحيي الموتى، وهو على كل شيء قدير)). [خط، ((الضعيفة)) (2966)].

(Palsu)
Daripada Ibn ‘Umar RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya ucapan yang paling disukai (oleh Allah) yang diucapkan oleh seseorang hamba apabila dia bangun daripada tidurnya ialah: ‘Maha Suci Tuhan yang menghidupkan yang mati dan Dia berkuasa atas setiap sesuatu’.
[Riwayat al-Khaṭīb al-Baghdādī dalam Tārīkh Baghdād. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2966]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs