Batil
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أَصْدَقُ الحديثِ ما عُطِسَ عندَه.
Teks Bahasa Melayu
Ucapan yang paling benar ialah ucapan yang disertai dengan bersin.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Batil
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 169, hadis no. 844. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(باطل) عن أنس -رضي الله عنه- مرفوعاً: أَصْدَقُ الحديثِ ما عُطِسَ عندَه. [طس، ((الضعيفة)) (137)]
(Batil) Daripada Anas RA secara Marfu’: Ucapan yang paling benar ialah ucapan yang disertai dengan bersin. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat, al-Dha‘īfah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 137]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman