Ucapan yang dapat menyelamatkan manusia daripada keresahan dan kesedihan

TEKS BAHASA ARAB

من، قال: لا إله إلا الله قبل كل شيء، ولا إله إلا الله بعد كل شيء، ولا إله إلا الله يبقى ربنا ويفنى كل شيء؛ عوفي من الهم والحزن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang mengucapkan: "Tidak ada tuhan yang layak disembah selain Allah sebelum segala sesuatu", dan "Tidak ada Tuhan yang layak disembah selain Allah selepas segala sesuatu", juga "Tidak ada Tuhan yang layak disembah selain Allah yang kekal dan segala sesuatu (yang lain) akan binasa", maka dia diselamatkan daripada keresahan dan kesedihan.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1404, hadis nombor 7118. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن ابن عباس رضي الله عنهما مرفوعا: من، قال: لا إله إلا الله قبل كل شيء، ولا إله إلا الله بعد كل شيء، ولا إله إلا الله يبقى ربنا ويفنى كل شيء؛ عوفي من الهم والحزن.
[طب، ((الضعيفة)) (427)]

(Palsu)
Daripada Ibn ‘Abbas RA meriwayatkan secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang mengucapkan: "Tidak ada tuhan yang layak disembah selain Allah sebelum segala sesuatu", dan "Tidak ada Tuhan yang layak disembah selain Allah selepas segala sesuatu", juga "Tidak ada Tuhan yang layak disembah selain Allah yang kekal dan segala sesuatu (yang lain) akan binasa", maka dia diselamatkan daripada keresahan dan kesedihan.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 427]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs