Bukan hadis

30/06/2024

minit bacaan



Ucapan: 'Tuhanku dan tuhanmu adalah Allah'

Teks Bahasa Arab

رَبِّي وَرَبُّكَ اللَّهُ - عِنْدَ رُؤْيَة الْهلَال.

Teks Bahasa Melayu

Ucapan: 'Tuhanku dan tuhanmu adalah Allah', ketika melihat bulan sabit.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)

Status

Bukan hadis

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 42, hadis no. 155. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

أخرجه ابن أبي شيبة عن إبراهيم النخعي قال كانوا يستحبون - أو يعجبهم - إذا رأى الرجل الهلال أن يقول ربي وربك الله.

Riwayat tersebut telah dikeluarkan oleh Ibn Abi Shaibah daripada Ibrahim al-Nakha'ei, katanya: "Mereka menggalakkan atau suka apabila seseorang melihat bulan sabit agar dia mengucapkan: 'Tuhanku dan tuhanmu adalah Allah'".

Rujukan

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.