Ucapan segala puji bagi Allah adalah kunci segala kesyukuran

TEKS BAHASA ARAB

الحمد لله رأس الشكر، ما شكر الله عبد لا يحمده.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ucapan segala puji bagi Allah adalah kunci segala kesyukuran, seseorang hamba tidak dikira bersyukur kepada Allah jika dia tidak bertahmid kepadaNya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1461, hadis nombor 7434. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن عمرو – رضي الله عنهما – مرفوعاً: ((الحمد لله رأس الشكر، ما شكر الله عبد لا يحمده)). [البغوي، فر، ((الضعيفة)) (3528)]

(Lemah)
Daripada ‘Abdullah bin ‘Amr RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Ucapan segala puji bagi Allah adalah kunci segala kesyukuran, seseorang hamba tidak dikira bersyukur kepada Allah jika dia tidak bertahmid kepadaNya.
[Riwayat al-Baghawi, al-Dailami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3528]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs