Ucapan salam adalah suatu ucapan aluan bagi agama kita

TEKS BAHASA ARAB

السلام تحية لملتنا، وأمان لذمتنا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ucapan salam adalah suatu ucapan aluan bagi agama kita, serta jaminan keamanan bagi diri kita.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 68, hadis nombor 314. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أنس بن مالك -رضي الله عنه- مرفوعاً: ((‌السلام ‌تحية ‌لملتنا، ‌وأمان ‌لذمتنا)).
[القضاعي، ((الضعيفة)) (‌‌3734)]

(Palsu)
Daripada Anas ibn Mālik RA secara marfū‘: “Ucapan salam adalah suatu ucapan aluan bagi agama kita, serta jaminan keamanan bagi diri kita.”
[Riwayat al-Quḍā’ī dalam Musnad al-Shihāb. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (3734).

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs