Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
السلامُ تَحِيَّةٌ لِمِلَّتِنا، وأمانٌ لِذِمَّتِنا.
Teks Bahasa Melayu
Ucapan salam adalah suatu ucapan aluan bagi agama kita, serta jaminan keamanan bagi diri kita.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 68, hadis no. 314. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه- مرفوعاً: ((السلام تحية لملتنا، وأمان لذمتنا)). [القضاعي، ((الضعيفة)) (3734)]
(Palsu) Daripada Anas ibn Mālik RA secara marfū‘: “Ucapan salam adalah suatu ucapan aluan bagi agama kita, serta jaminan keamanan bagi diri kita.” [Riwayat al-Quḍā’ī dalam Musnad al-Shihāb. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (3734).
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman