TEKS BAHASA ARAB
كلام أهل السماوات: لا حول ولا قوة إلا بالله.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Ucapan penduduk langit adalah: Tidak ada upaya dan tidak ada kekuatan melainkan dengan izin Allah.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1483, hadis nombor 7568. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس بن مالك – رضي الله عنه – عن رسول الله – صلى الله عليه وسلم – قال: ((كلام أهل السماوات: لا حول ولا قوة إلا بالله)). [خط، ((الضعيفة)) (4123)]
(Lemah)
Daripada Anas bin Malik RA daripada Rasulullah SAW: Ucapan penduduk langit adalah: Tidak ada upaya dan tidak ada kekuatan melainkan dengan izin Allah.
[Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da'ifah; no. 4123]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.