TEKS BAHASA ARAB
كلام أهل السموات: لا حول ولا قوة إلا بالله.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Ucapan penduduk langit ialah La Hawla Wa la Quwwata Illa Billah (Tidak ada upaya dan tidak ada kekuatan melaikan dengan bantuan Allah).
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 65, hadis nombor 361. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Pemalsu ini terlupa bahawa antara kalam penduduk langit juga adalah: Laknat Allah kepada para pendusta.
RUJUKAN
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr(2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.