Ucapan penduduk langit adalah: Tiada upaya dan tiada kekuatan melainkan dengan Allah

TEKS BAHASA ARAB

كلام أهل السماوات: لا حول ولا قوة إلا بالله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ucapan penduduk langit adalah: Tiada upaya dan tiada kekuatan melainkan dengan Allah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 481, hadis nombor 2585. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه- عن رسول الله ﷺ قال: ((كلام أهل السماوات: لا حول ولا قوة إلا بالله)). [خط، ((الضعيفة)) (4123)]

(Lemah)
Daripada Anas bin Malik RA, daripada Rasulullah SAW baginda bersabda: Ucapan penduduk langit adalah: Tiada upaya dan tiada kekuatan melainkan dengan Allah.
[Riwayat al-Khatib al-Baghdadi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4123]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs