Ucapan Laa Ilaaha Illa Allah boleh menahan kemurkaan Allah

TEKS BAHASA ARAB

لا إله إلا الله تمنع العباد من سخط الله، ما لم يؤثروا صفقة دنياهم على دينهم، فإذا آثروا صفقة دنياهم على دينهم، ثم قالوا: لا إله إلا الله، قال الله: كذبتم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Laa Ilaaha Illa Allah (ucapan bermaksud tiada Tuhan melainkan Allah) boleh menahan (menghalang) hamba-Nya daripada kemurkaan Allah, selagi mana urusan dunia mereka tidak memberi kesan terhadap agama mereka. Apabila urusan dunia mereka memberi kesan terhadap agama mereka, kemudian mereka mengucapkan Laa Ilaaha Illa Allah (Tiada Tuhan melainkan Allah), Allah akan berkata: "Kamu telah berdusta".

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1566, hadis nombor 7934. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس بن مالك-رضي الله عنه-، مرفوعا:((لا إله إلا الله تمنع العباد من سخط الله، ما لم يؤثروا صفقة دنياهم على دينهم، فإذا آثروا صفقة دنياهم على دينهم، ثم قالوا: لا إله إلا الله، قال الله: كذبتم)). [هب،((الضعيفة)) (6301)].

(Lemah) Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Ucapan Laa Ilaaha Illa Allah (ucapan bermaksud tiada Tuhan melainkan Allah) boleh menahan (menghalang) hamba-Nya daripada kemurkaan Allah, selagi mana urusan dunia mereka tidak memberi kesan terhadap agama mereka. Apabila urusan dunia mereka memberi kesan terhadap agama mereka, kemudian mereka mengucapkan Laa Ilaaha Illa Allah (Tiada Tuhan melainkan Allah), Allah akan berkata: "Kamu telah berdusta". [Diriwayatkan oleh al-Baihaqi dalam Kitab Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.6301].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs