TEKS BAHASA ARAB
حسبي الله ونعم الوكيل؛ أمان كل خائف.
TEKS BAHASA MALAYSIA
(Ucapan) ‘cukuplah Allah bagiku, sebaik-baik Penolong’ adalah (ucapan) keselamatan bagi setiap orang yang ketakutan.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1457, hadis nombor 7412. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن شداد بن أوس – رضي الله عنه – مرفوعاً: ((حسبي الله ونعم الوكيل؛ أمان كل خائف)). [أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، فر، ((الضعيفة)) (3094)]
(Lemah)
Daripada Shaddad bin Aws RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): (Ucapan) ‘cukuplah Allah bagiku, sebaik-baik Penolong’ adalah (ucapan) keselamatan bagi setiap orang yang ketakutan.
[Riwayat Abu Nu'aim dalam Akhbar Asbahan , ad-Dailami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3094]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.