Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حَسْبِيَ اللهُ ونِعْمَ الوكيلُ؛ أمانُ كلِّ خائِفٍ.
Teks Bahasa Melayu
(Ucapan) 'cukuplah Allah bagiku, sebaik-baik Penolong' adalah (ucapan) keselamatan bagi setiap orang yang ketakutan.
Sahabat Perawi
- Shaddad bin Aws RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1457, hadis no. 7412. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada Shaddad bin Aws RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): (Ucapan) 'cukuplah Allah bagiku, sebaik-baik Penolong' adalah (ucapan) keselamatan bagi setiap orang yang ketakutan. [Riwayat Abu Nu'aim dalam Akhbar Asbahan , ad-Dailami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3094]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman