Ucapan Alhamdulillah ialah selendang al-Rahman

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

حديث: الحمد لله رداء الرحمن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Ucapan Alhamdulillah ialah selendang al-Rahman.

STATUS

Tidak Ada Asal

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 74, hadis nombor 181. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال علي القاري: لم يوجد له أصل.

Ali Qari berkata: Tidak wujud asal hadith ini.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.