TEKS BAHASA ARAB
الحمد رأس الشكر، ما شكر الله عبد لا يحمده.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Ucapan Alhamd adalah ibu (penghulu) bagi kesyukuran, tidak dikira bersyukur kepada Allah bagi seseorang hamba yang tidak memuji-Nya.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1416, hadis nombor 7184. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما مرفوعا: الحمد رأس الشكر، ما شكر الله عبد لا يحمده.
[البغوي، الخطابي في ((غريب الحديث))، ((الضعيفة)) (1372)]
(Lemah)
Daripada ‘Abdillah bin ‘Amr RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Ucapan Alhamd adalah ibu (penghulu) bagi kesyukuran, tidak dikira bersyukur kepada Allah bagi seseorang hamba yang tidak memuji-Nya.
[Riwayat al-Baghawi dan al-Khattabi dalam Gharib al-Hadith. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1372]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.