Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Ucapan (aamiin) adalah penutup doa

Teks Bahasa Arab

آمينَ خاتَمُ ربِّ العالمينَ، على لسانِ عبادِهِ المؤمنينَ.

Teks Bahasa Melayu

Ucapan (aamiin) adalah cop (penutup doa) bagi Tuhan sekali alam yang berada pada lidah hamba-hamba-Nya yang beriman.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1412, hadis no. 7162. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة رضي الله عنه، قال: قال رسول الله ﷺ: آمين خاتم رب العالمين، على لسان عباده المؤمنين. [عد، فر، ((الضعيفة)) (1487)]

(Lemah) Daripada Abi Hurairah RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Ucapan (aamiin) adalah cop (penutup doa) bagi Tuhan sekali alam yang berada pada lidah hamba-hamba-Nya yang beriman. [Riwayat Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du'afa', al-Dailami dalam al-Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1487]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.