Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
داوُوا مرضاكُم بالصدقةِ، وحصِّنوا أموالَكُم بالزكاةِ ؛ تُدفعُ عنكمُ الأعراضُ والأمراضُ.
Teks Bahasa Melayu
Ubatilah orang yang sakit dengan sedekah, lindungilah harta kamu dengan zakat, ia akan menjaga kamu dari pelbagai perkara dan kesakitan.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 878, hadis no. 4502. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عمر -رضي الله عنهما- مرفوعا: (داووا مرضاكم بالصدقة، وحصنوا أموالكم بالزكاة؛ تدفع عنكم الأعراض والأمراض). [فر، ((الضعيفة)) (3591)]
(Palsu) Daripada Ibn Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Ubatilah orang yang sakit dengan sedekah, lindungilah harta kamu dengan zakat, ia akan menjaga kamu dari pelbagai perkara dan kesakitan.” [Riwayat Al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3591]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman