Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
دَاوُوا مَرْضَاكُم بِالصَّدَقةِ، وحصِّنُوا أَموَالَكُم بِالزكَاةِ؛ تُدْفَعَ عَنكمُ الأعْرَاضُ والأَمْرَاضُ.
Teks Bahasa Melayu
Ubatilah orang yang sakit dalam kalangan kalian dengan bersedekah, dan bentengi harta-harta kalian dengan zakat, nescaya dihindarkan daripada kalian akan ancaman-ancaman dan penyakit-penyakit.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1176, hadis no. 5954. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عمر - رضي الله عنهما - مرفوعا: ((داووا مرضاكم بالصدقة، وحصنوا أموالكم بالزكاة؛ تدفع عنكم الأعراض والأمراض)). [فر، ((الضعيفة)) (3591)]
(Palsu) Daripada Ibn ‘Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW), telah berkata: Ubatilah orang yang sakit dalam kalangan kalian dengan bersedekah, dan bentengi harta-harta kalian dengan zakat, nescaya dihindarkan daripada kalian akan ancaman-ancaman dan penyakit-penyakit. [Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3591]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman