Uban itu ialah cahaya

TEKS BAHASA ARAB

الشيب نور من خلع الشيب فقد خلع نور الإسلام فإذا بلغ الرجل أربعين سنة وقاه الله الأدواء الثلاث الجنون والجذام والبرص.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Uban itu ialah cahaya, sesiapa yang mencabut uban maka dia telah mencabut cahaya Islam. Apabila seseorang lelaki mencapai usia 40 tahun, maka Allah akan memeliharanya daripada tiga penyakit, iaitu gila, kusta dan sopak.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 47, hadis nombor 249. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Ibn Hibban, Ibn ‘Asakir dan orang berakal berkata: Sesungguhnya ia palsu. Bahkan penyakit sopak pada orang ramai kebiasaannya muncul selepas usia 40 tahun. Semoga Allah melaknat para pendusta tersebut.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr(2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs