Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الشَّيْبُ نُورٌ مَنْ خَلَعَ الشَّيْبَ فَقَدْ خَلَعَ نُورَ الإسْلاَمِ فَإِذَا بَلَغَ الرَّجُلُ أَرْبَعِينَ سَنَةً وَقَاهُ الله الأَدْوَاءَ الثّلاَثَ: الجُنونَ والجُذَامَ وَالْبَرَصَ.
Teks Bahasa Melayu
Uban itu ialah cahaya, sesiapa yang mencabut uban maka dia telah mencabut cahaya Islam. Apabila seseorang lelaki mencapai usia 40 tahun, maka Allah akan memeliharanya daripada tiga penyakit, iaitu gila, kusta dan sopak.
Sahabat Perawi
- Anas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 47, hadis no. 249. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Ibn Hibban, Ibn 'Asakir dan orang berakal berkata: Sesungguhnya ia palsu. Bahkan penyakit sopak pada orang ramai kebiasaannya muncul selepas usia 40 tahun. Semoga Allah melaknat para pendusta tersebut.
Rujukan
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
Makluman