TEKS BAHASA ARAB
شوبوا شيبكم بالحناء؛ فإنه أسرى لوجوهكم وأطيب لأفواهكم وأكثر لجماعكم الحناء سيد ريحان أهل الجنة الحناء يفصل ما بين الكفر والإيمان.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Ubahlah uban kamu dengan inai kerana ia lebih memberikan sinar pada wajah-wajah kamu, lebih memperelokkan mulut-mulut kamu dan memperbanyakkan (kekuatan) persetubuhan kamu. Inai ialah penghulu bagi raihan (sejenis tumbuhan wangi) penduduk syurga. Inai memisahkan antara kufur dan iman.
STATUS
Batil
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 47, hadis nombor 245. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Al-Dailami turut meriwayatkannya dan hadith tersebut mempunyai beberapa sanad dan lafaz yang kesemuanya adalah batil.
RUJUKAN
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr(2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.