Batil

30/06/2024

minit bacaan



Ubahlah uban kamu dengan inai kerana ia lebih memberikan sinar pada wajah-wajah kamu

Teks Bahasa Arab

شُوبُوا شَيْبَكُمْ بِالْحِنَّاءِ فَإِنَّهُ أَسْرَى لِوجُوهِكُمْ وَأَطْيَبُ لأَفْوَاهِكُمْ وَأَكْثَرُ لِجِمَاعِكُمْ الْحِنَّاءُ سَيِّدُ رَيْحَانِ أَهْلِ الْجَنَّةِ الحِنَاءُ يُفَصِّلُ مَا بَيْنَ الْكُفْرِ وَالإِيْمَانِ.

Teks Bahasa Melayu

Ubahlah uban kamu dengan inai kerana ia lebih memberikan sinar pada wajah-wajah kamu, lebih memperelokkan mulut-mulut kamu dan memperbanyakkan (kekuatan) persetubuhan kamu. Inai ialah penghulu bagi raihan (sejenis tumbuhan wangi) penduduk syurga. Inai memisahkan antara kufur dan iman.

Sahabat Perawi

  1. Anas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)

Status

Batil

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 47, hadis no. 245. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Al-Dailami turut meriwayatkannya dan hadith tersebut mempunyai beberapa sanad dan lafaz yang kesemuanya adalah batil.

Rujukan

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.